LAPORAN portal berita Harian Metro, semalam mengenai polis memburu pemanggil ancaman bom di Sri Pentas, Bandar Utama.
Fazrik Kamarudin


POLIS menahan dua lelaki disyaki terbabit dengan panggilan ancaman bom di Sri Pentas, Bandar Utama, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata kedua-dua suspek ditahan di Temerloh pada 8.20 malam tadi.

“Bersabit panggilan ancaman bom membabitkan Sri Pentas semalam, kami menahan dua lelaki di Temerloh pada 8.20 malam tadi.

“Permohonan reman akan dibuat pagi esok di Mahkamah Petaling Jaya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, kakitangan Media Prima di Sri Pentas, Bandar Utama, gempar apabila menerima satu panggilan memaklumkan mengenai satu ancaman bom di bangunan itu.

Semua kakitangan kemudian diarahkan mengosongkan bangunan berkenaan sebelum polis dan bomba tiba di lokasi.

Berita berkaitan

'Pemanggil ancaman bom diburu [METROTV]'

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Ogos 2018 @ 1:37 AM