RAIS bersama ahli lembaga adat dan penduduk Kampung Gagu selepas selesai majlis rapek adat di Rumah Jombang.
RAIS bersama ahli lembaga adat dan penduduk Kampung Gagu selepas selesai majlis rapek adat di Rumah Jombang.
Abnor Hamizam Abd Manap

Jelebu: Majlis tegak lembaga adat Kampung Gagu yang kali terakhir berlaku 20 tahun lalu akan diadakan semula tidak lama lagi.

Bekas penasihat sosio budaya kerajaan yang juga anak jati kampung berkenaan, Tan Sri Rais Yatim berkata, inisiatif mewujudkan kembali lembaga adat berikutan 97 peratus penduduk adalah keturunan Minangkabau tulen.

Katanya, sangat merugikan jika Adat Perpatih yang sinonim dengan penduduk negeri itu dibiarkan lenyap begitu saja.

“Kita perlu ambil inisiatif kerana jika tidak dimulakan generasi muda tidak mengetahui susur galur adat yang diamalkan.

“Hari ini, kita sudah memilih mereka untuk menganggotai lembaga adat yang terdiri daripada Penghulu, Dato’ Empat, Dato Mangku, Inyek Mamak (alim ulama), Bundo Kanduang (ibu kandung) dan Parewa (penceria masyarakat),” katanya ditemui sebaik selesai Majlis Rapek Adat di Rumah Jombang.

Rais berkata, majlis pengisytiharan lembaga adat akan diadakan dalam tempoh tiga bulan selepas pemilihan lembaga yang selesai dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 September 2018 @ 4:02 AM
Digital NSTP Subscribe