Kuala Lumpur: Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi dilantik Panglima Tentera Darat yang baru menggantikan Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim berkuat kuasa semalam.

Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas antara Zulkiple yang bersara wajib dan Ahmad Hasbullah disaksikan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu di Wisma Pertahanan di sini.

Hadir sama Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Halimi Abd Manaf dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

MOHAMAD (dua dari kiri) dan Zulkifli (dua dari kanan) menyaksikan serah terima tugas antara Zulkiple (kiri) dan Ahmad Hasbullah pada majlis serah terima tugas di Kementerian Pertahanan, semalam.
MOHAMAD (dua dari kiri) dan Zulkifli (dua dari kanan) menyaksikan serah terima tugas antara Zulkiple (kiri) dan Ahmad Hasbullah pada majlis serah terima tugas di Kementerian Pertahanan, semalam.

Ahmad Hasbullah berkata, beliau akan terus mendokong hasrat Zulkiple yang mahu empat teras utama diberikan perhatian serius seiring usaha memperkasakan peranan Tentera Darat.

Katanya, empat teras itu adalah angkatan profesional, ketumbukan yang siap siaga, keutuhan organisasi dan memperkasa kualiti hidup.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 September 2018 @ 10:53 AM
Digital NSTP Subscribe