Mohd Husni Mohd Noor dan Noor Atiqah Sulaiman


BEKAS Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman hadir ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini bagi memberi keterangan berhubung dakwaan rasuah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Musa tiba pada 11.45 pagi dengan menaiki Toyota Vellfire berwarna hitam.

Jumaat lalu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki memaklumkan pihaknya tidak tergesa-gesa untuk mengambil keterangan bekas Ketua Menteri Sabah itu berhubung dakwaan rasuah pada PRU-14.

Menurut Azam, pihaknya membenarkan Musa mendapat rawatan dan sihat terlebih dahulu sebelum membuat keputusan lanjut.


KENDERAAN (depan) dipercayai membawa Musa memasuki ke pekarangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya, hari ini. FOTO/VIDEO Ahmad Irham Mohd Noor

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 September 2018 @ 7:35 PM