Murni Wan Omar dan Farah Marshita Abdul Patah


PEGUAM terkemuka, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah tiba pada 11.22 pagi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk didakwa atas empat pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram.

Pertuduhan dibawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. (AMLATFPUAA) akan dibacakan dihadapan Hakim Azura Alwi.

Pendakwaan akan dijalankan oleh Datuk Seri Gopal Sri Ram, Kamal Baharin Omar, Ahmad Akram Gharib dan Afzainizam Abdul Aziz.

Manakala Muhammad Shafee diwakili Datuk Hasnal Rezua Merican, Harvinderjit Singh, Chetan Jethwani dan Rahmat Hazlan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini ada mengeluarkan pernyataan bahawa terdapat bayaran RM9.5 juta dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak antara September 2013 sehingga Februari 2014 terhadap Muhammad Shafee.

Ia didakwa sebagai bayaran beliau yang dilantik melalui fiat untuk menjadi pendakwa raya khas dalam rayuan membabitkan kes liwat yang dihadapi Anwar.

Afidavit yang ditandatangani oleh pegawai Jabatan Peguam Negara Siti Rahayu Mohd Mumazaini mendedahkan berhubung pembayaran dibuat kepada Muhammad Shafee.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 September 2018 @ 8:24 AM
SHAFEE ditahan di Kuala Lumpur awal pagi tadi. -Foto fail