MURID SK Seri Bayu Wawasan, Manjung, Perak yang menyertai program HOC.
MURID SK Seri Bayu Wawasan, Manjung, Perak yang menyertai program HOC.
MDEC

SIAPA tidak kenal dengan komputer dan gajet seperti tablet dan telefon pintar? Malah, ramai dalam kalangan pelajar sekolah mempunyai akaun Facebook, Instagram, Snapchat dan YouTube.

Ini bukanlah sesuatu yang aneh kerana generasi muda kini membesar dengan teknologi.

Justeru, Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) dengan sokongan penuh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mewujudkan inisiatif #mydigitalmaker untuk membina bakat generasi muda dan mempersiapkan mereka untuk kerjaya digital pada masa hadapan.

Inisiatif ini menyediakan pelbagai platform khas untuk mengasah kemahiran pengekodan, pembangunan aplikasi, percetakan 3D, robotik, pengaturcaraan dan menganalisis data.

Semua itu dapat membantu mengukuhkan kreativiti dan kebolehan menyelesaikan masalah dalam kalangan generasi masa hadapan.

Menurut Sumitra Nair, Naib Presiden Bakat & Keusahawanan Digital MDEC, kebanyakan pelajar yang mengambil bahagian dalam aktiviti #mydigitalmaker adalah dari kawasan bandar dan luar bandar.

“Tentu sekali terdapat kisah kejayaan pelajar dari luar bandar yang mengambil bahagian dalam aktiviti #mydigitalmaker yang boleh saya kongsikan.”

“Contohnya, tiga orang pelajar dari SMK Luar Bandar Miri, Sarawak telah berjaya mencipta peranti menyusun buah kelapa sawit menggunakan pengenalpastian warna. Oleh kerana tidak mempunyai komputer peribadi di rumah, mereka tiba di sekolah sejam atau dua jam lebih awal setiap hari, dan menggunakan komputer guru mereka untuk melakukan aktiviti pengaturcaraan untuk menyiapkan peranti tersebut,” kata Sumitra.

Antara inisiatif popular dalam kalangan pelajar adalah Hour of Code (HOC) iaitu pergerakan global membabitkan puluhan juta pelajar dari lebih 180 negara.

Program ini adalah pengaturcaraan mudah (beginner coding) dan boleh disertai sesiapa sahaja dari semua peringkat umur. Tiada pengalaman dalam bidang pengaturcaraan diperlukan.

Melalui program ini, pelajar akan mendapat sedikit sebanyak ilmu untuk mengaturcara permainan digital di www.code.org/learn seperti Minecraft, Flappy Bird, Starwars, Moana, Frozen, PacMan, Candy Quest dan banyak lagi.

Selain HOC, Bas Kembara #mydigitalmaker bersama PINTAR juga adalah inisiatif menarik dalam gerakan ini. Bas itu menjelajah ke seluruh Semenanjung untuk memberi pendedahan kepada kira-kira 100,000 pelajar luar bandar dan kurang berkemampuan mengenai inovasi digital.

Sebagai acara kemuncak pergerakan #mydigitalmaker, pihak MDEC bakal menganjurkan #mydigitalmaker Fair 2018 yang menjanjikan bengkel menarik seperti pembuatan dron dan percetakan 3D serta pameran dan ceramah mengenai kerjaya pada masa hadapan.

Bas KEMBARA #my- digitalmaker juga akan dipamerkan untuk adik-adik bersuka-ria, di samping belajar mengenai dunia digital dalam #mydigitalmaker Fair 2018 nanti.

Jangan lepaskan peluang ini. Kunjungi #mydigitalmaker Fair 2018 di Axiata Arena Bukit Jalil pada 29 dan 30 September ini dan sertai aktiviti #mydigitalmaker yang menyeronokkan.

Untuk maklumat lanjut, layari www.mydigital-maker.com atau ikuti laman Facebook @mydigitalmakermovement dan Instagram @mydigitalmaker_my.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 September 2018 @ 6:40 AM