PORT DICKSON 29 SEPTEMBER 2018. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Pakatan Harapan), calon PAS, Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar (tengah) dan calon lain yang bertanding atas tiket Bebas, Tan Sri Isa Samad, Saiful Bukhari Azlan (kiri), Lau Seck Yan (dua dari kanan), Stevie Chan Keng Leong (dua dari kiri) dan Kan Chee Yuen (kanan) pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Port Dickson, Negeri Sembilan. FOTO Iqmal Haqim Rosman

Mohd Khidir Zakaria

CALON Bebas, Tan Sri Mohd Isa Samad, yakin boleh menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.

Dalam sidang medianya selepas penamaan calon semalam, Mohd Isa, 69, yakin kedudukannya sebagai anak jati Port Dickson akan memudahkan kempen kerana sudah dikenali pengundi.

“Saya masuk bertanding sebab yakin boleh menang.

“Tiada strategi lain melainkan terus berkempen rumah ke rumah berjumpa pengundi.

“Mereka kenal saya dan itu adalah sedikit kelebihan yang saya ada sebagai anak tempatan,” katanya.

Katanya, PRK Port Dickson sama dengan pilihan raya lain dan tidak dilihat sebagai luar biasa.

Mohd Isa yakin peluangnya untuk menang tetap ada walaupun berdepan enam calon termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 September 2018 @ 4:56 PM