Siraj Mohd Zaini dan Norrasyidah Arshad dan Ruwaida Md Zain


SEMUA jenazah dibawa masuk ke dalam van selepas selesai solat jenazah untuk dibawa pulang dan dikebumikan di kampung masing-masing.

Terdahulu, jenazah diberikan tabik hormat oleh anggota dan pegawai bomba sebelum dibawa masuk ke dalam van di perkarangan Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15, Shah Alam, 9.20 pagi, hari ini.

Keenam-enam jenazah sebelum itu disembahyangkan dengan diimamkan oleh Penguasa Bomba Unit Agama Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Putrajaya Mohd Luqman Ramli.


JENAZAH enam penyelam bomba yang lemas ketika mencari remaja yang dilaporkan terjatuh ke sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Puchong. FOTO Saddam Yusoff

Turut hadir bagi sembahyang jenazah termasuk Timbalan Menteri Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah, Ketua Setiausaha KPKT Datuk Seri Mohamad Mantek, bekas Menteri KPKT Tan Sri Noh Omar dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Mohd Hamdan Wahid.

Berita berkaitan

Solat jenazah 6 bomba di BBP Seksyen 15 [METROTV]

http://hmetro.com.my/mutakhir/2018/10/383098/update-panggilan-terakhir-buat-ibu

Terkejut misi cari anak ragut nyawa bomba

Pilunya...

[UPDATE] Pusaran air disyaki punca bomba lemas [METROTV].

[UPDATE] Lemas lepas terbelit tali.

[UPDATE] 6 bomba lemas dikenal pasti.

[UPDATE] Enam bomba lemas

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Oktober 2018 @ 9:51 AM