JENAZAH enam anggota bomba yang lemas dibawa ke negeri masing-masing untuk dikebumikan. FOTO Saddam Yusoff
Azura Abas dan Irwan Shafrizan Ismail


PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kejadian enam anggota bomba yang lemas dalam operasi mencari dan menyelamat di lombong Taman Putra Perdana, Puchong, malam tadi sebagai satu tragedi yang amat menyedihkan.

Perdana Menteri berkata, beliau mengucapkan takziah terhadap ahli keluarga anggota bomba terbabit dan diharap mereka bersabar dalam menempuh dugaan ini.

“Ini tragedi menyedihkan dan kita belum tahu kenapa enam orang (anggota bomba) tenggelam dalam satu usaha menyelamatkan seorang yang hilang.

“Kita berharap akan adanya latihan-latihan berkesan, agar bencana ini tidak berlaku lagi. Kita juga akan melihat bantuan (untuk disalurkan) kepada keluarga mangsa," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Pengurusan Bencana ketiga di Putrajaya, hari ini.

Enam penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) maut ketika menjalankan operasi SAR remaja terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong, 9.15 malam tadi.

Anggota yang terkorban terdiri daripada empat anggota Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dikenali sebagai Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24.

Dua lagi mangsa adalah dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam yang dikenal pasti sebagai Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.

Berita berkaitan

Tragedi 6 bomba lemas pertama dalam sejarah

Jenazah 6 bomba dibawa pulang

Solat jenazah 6 bomba di BBP Seksyen 15 [METROTV]

http://hmetro.com.my/mutakhir/2018/10/383098/update-panggilan-terakhir-buat-ibu

Terkejut misi cari anak ragut nyawa bomba

Pilunya...

[UPDATE] Pusaran air disyaki punca bomba lemas [METROTV].

[UPDATE] Lemas lepas terbelit tali.

[UPDATE] 6 bomba lemas dikenal pasti.

[UPDATE] Enam bomba lemas

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Oktober 2018 @ 10:15 AM