KEADAAN treler dan kereta yang terbakar selepas kemalangan di Kilometer 255.6 Lebuhraya Utara Selatan arah utara selepas Terowong Menora, Kuala Kangsar,a pagi semalam. FOTO L Manimaran.
Muhammad Apendy Issahak


POLIS sudah mengenalpasti lima mangsa yang rentung dalam kemalangan membabitkan treler dan kereta di Kilometer 255.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara selepas Terowong Menora di Kuala Kangsar, pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintendan Ahmad Adnan Basri, berkata mangsa adalah empat dewasa dan seorang bayi.

“Setakat malam ini, disahkan semua pemandu dan penumpang kereta yang terbakar akibat berlanggar dengan treler pagi tadi meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mangsa yang mati adalah empat dewasa dan seorang bayi yang semuanya berbangsa Cina.

“Usaha mengesan waris mangsa masih diteruskan oleh pegawai penyiasat trafik bagi mendapatkan butir lengkap semua mangsa terbabit,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Beliau berkata, bedah siasat akan dijalankan pagi ini di Hospital Kuala Kangsar oleh doktor dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Menurutnya, maklumat lanjut akan menyusul sebaik pegawai penyiasat memperolehinya nanti manakala pemandu treler yang terbabit kemalangan itu akan ditahan untuk siasatan lanjut.

Berita berkaitan

'Jeritan pilu minta tolong sebelum rentung [METROTV]'

'[UPDATE] Lima rentung sebenarnya...[METROTV]'

'Dua dipercayai rentung'

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Oktober 2018 @ 12:02 AM