MOHD Saiful mengutip sampah bersama pengunjung pada aktiviti membersihkan kawasan pantai di Teluk Kemang.
Mohd Iskandar Ibrahim

Port Dickson : Kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson calon Bebas, Mohd Saiful Bukhari Azlan semalam melancarkan inisiatif khas memulihara laut dan kebersihan pantai.

Inisiatif itu mendapat kerjasama daripada masyarakat setempat terutamanya golongan nelayan dan pengusaha produk pelancongan.

Katanya, pantai Port Dickson memerlukan pembaharuan dalam sistem pengurusan sampah seperti plastik, kaca dan tin minuman yang menjadi penyumbang pencemaran.

“Jika pantai Port Dickson bersih, bebas daripada plastik atau sampah, sudah pasti ia akan memelihara keindahan pantainya yang sekali gus menjadi daya tarikan kepada sektor pelancongan,” katanya selepas mengadakan program mengedar plastik sampah kepada pengunjung pantai di Teluk Kemang di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Oktober 2018 @ 3:17 AM