AHMAD Zahid ketika tiba di SPRM Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Irwan Shafrizan Ismail dan Nor Azizah Mokhtar
cnews@nstp.com.my

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sekali lagi hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, hari ini.

Difahamkan, Presiden UMNO itu hadir bagi memberi keterangan berhubung dakwaan penyelewengan sebuah yayasan.

Terdahulu, Ahmad Zahid tiba di SPRM Putrajaya, dengan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Lexus Lexus berwarna putih, jam 9.20 pagi.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu diiringi beberapa individu dan disambut beberapa pegawai SPRM.

Ahmad Zahid, yang memakai baju batik berwarna hijau dan berseluar gelap kelihatan ceria ketika tiba di perkarangan bangunan berkenaan.

Ini adalah kali ketiga Ahmad Zahid dipanggil SPRM.

Kali pertama dan kedua adalah pada 2 dan 3 Julai lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Oktober 2018 @ 10:03 AM