Wartawan NSTP
cnews@nstp.com.my

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sekali lagi hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, hari ini.

Difahamkan, Presiden UMNO itu hadir bagi memberi keterangan berhubung dakwaan penyelewengan sebuah yayasan.

Terdahulu, Ahmad Zahid tiba di SPRM Putrajaya, dengan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Lexus berwarna putih, jam 9.16 pagi.

Selain Zahid, anaknya, Datuk Nurulhidayah turut dipanggil sekali lagi ke ibu pejabat SPRM, pagi ini.

Nurulhidayah dilihat masuk ke ibu pejabat SPRM, pada jam 9.23 pagi selepas tiga dengan sebuah pacuan empat roda.

Difahamkan, kedua-duanya dipanggil semula ke SPRM hari ini bagi dirakam percakapan berhubung siasatan kes sama.

Ini adalah kali keempat Ahmad Zahid dipanggil SPRM.

Kali ketiga adalah semalam apabila Zahid berada di ibu pejabat SPRM Putrajaya hampir lapan jam.

Kali pertama dan kedua adalah pada 2 dan 3 Julai lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Oktober 2018 @ 9:58 AM