Luqman Arif Abdul Karim


KERAJAAN akan melaksanakan beberapa pindaan terhadap cukai, fi dan levi sektor perjudian yang tidak dinaikkan sejak 2005.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ia meliputi lesen kasino yang akan dinaikkan daripada RM120 juta kepada RM150 juta setiap tahun.

Selain itu, katanya, duti kasino dinaikkan kepada 35 peratus terhadap pendapatan kasar, manakala lesen mesin ‘dealer’ ditingkatkan kepada RM50,000 berbanding RM10,000 setiap tahun.

“Duti mesin akan dinaikkan daripada 20 peratus kepada 30 peratus terhadap kutipan kasar,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2019 bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’ di Dewan Rakyat, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 November 2018 @ 5:40 PM