LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.
Faris Fuad
faris.fuad@nstp.com.my


POLIS masih mengenal pasti saksi yang membawa remaja lelaki yang cedera selepas terkena tayar basikal yang dibuang dari tingkat atas di PPR Gombak Setia, Kuala Lumpur, untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Noor Azmi Yusoff berkata, mangsa, Muhammad Iqmal Abdul Razak berusia 19 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala dan menerima 15 jahitan.

"Kejadian berlaku ketika mangsa menunggu rakannya di tempat letak motosikal di bawah blok PPR itu.

"Muhammad Iqmal terasa sesuatu objek terkena di atas kepalanya yang dipercayai dibuang dari tingkat atas blok PPR terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan

'Kepala terasa macam meletup'

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 November 2018 @ 9:17 AM