FOTO Hiasan
FOTO Hiasan
Sharifah Mahsinah Abdullah


HUJAN lebat berterusan sejak dua hari lalu menyebabkan dua sungai di Kelantan mencatatkan bacaan air diatas paras berjaga-jaga, pagi hari ini.

Menurut portal banjir infobanjir.water.gov.my, sungai itu adalah Sungai Golok di Rantau Panjang and Sungai Lebir di Tualang, Kuala Krai.

Bacaan paras air di Sungai Golok adalah 7.47 meter (m) iaitu 0.47m diatas paras berjaga-jaga (7m), manakala Sungai Lebir mencatatkan bacaan 28.50m, iaitu 1.50m lebih dari paras berjaga-jaga (paras berjaga-jaga sungai itu adalah 27m).

Menurut portal itu, bacaan itu dicatatkan pada 10.30 pagi ini dan sebahagian sungai utama di negeri ini turut mencatatkan sedikit peningkatan tetapi masih di bawah paras normal.

Sementara itu, bilik gerakan banjir sama ada negeri mahupun di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan masih belum beroperasi sehingga pagi ini.

Menurut jurucakap polis ketika dihubungi NSTP, anggota polis negeri ini bersiap sedia hadapi banjir gelombang pertama dan bilik gerakan banjir di IPK akan dibuka apabila tiba masanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 November 2018 @ 11:24 AM