KENINGKETUA Pegawai AADK Keningau, Azry [email protected] menahan seorang daripada penagih dadah dalam Ops Cegah di Jalan Keningau-Apin-Apin, Keninagau. FOTO Ihsan AADK
Junaidi Ladjana


DUA kakitangan kerajaan antara tiga lelaki disyaki penagih dadah, ditahan dalam Ops Cegah oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Keningau sekitar daerah ini, malam tadi.

Operasi bermula 5 petang dan berakhir kira-kira 9 malam itu, dilakukan pasukan penguatkuasa AADK susulan maklumat sumber serta risikan berhubung aktiviti penyalahgunaan dadah di Keningau.

Ketua Pegawai AADK Keningau Azry Golbin @ Azmi yang mengetuai operasi itu berkata, dua kakitangan kerajaan itu ditahan di kampung di Sook dan pihaknya tidak berkompromi dan bertindak tanpa memilih status seseorang sama ada orang awam mahupun penjawat awam.

“Tangkapan tetap dilakukan bagi menimbulkan rasa kesedaran terhadap semua penagih yang ditangkap oleh AADK Keningau.

“Kita juga menyarankan majikan supaya sentiasa peka serta mengalu-alukan inisiatif ketua jabatan untuk mengadakan Program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) bersama AADK pada setiap tahun bagi memastikan program pencegahan dadah dilaksanakan di tempat kerja masing-masing,” katanya.

Azry berkata, dua penjawat awam serta seorang lagi suspek yang semuanya berusia 30 hingga 50 tahun didapati positif dadah jenis Methamphetamine atau syabu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Pindaan 1998,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut mengesan seorang lelaki berusia 50 tahun disyaki tokan kecil-kecilan yang lari ke dalam kawasan hutan di tepi jalan utama, Jalan Keningau-Apin-Apin, bagi mengelak ditahan, sebaik menyedari kehadiran anggota AADK.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 November 2018 @ 12:49 PM
Skip this ad x