Skip this ad x
MANDY Chew (tengah) bersama Naib Presiden Kanan (Jualan dan Pemasaran), Steve Woon (kiri) dan Naib Presiden Kanan (Perkhidmatan Korporat) Tiu Kew Yee bersama anugerah dimenangi mereka.
Wartawan NSTP


KUMPULAN Lexis Hotel yang dikenali antara pengendali perhotelan terkemuka di Malaysia merangkul empat anugerah dalam kategori berbeza di ‘Haute Grandeur Global Awards’ di Dubai, kelmarin.

Ia membabitkan Anugerah ‘Best Pool Villa’ bagi Malaysia menerusi Lexis Hibiscus Port Dickson; Anugerah ‘Best Pool Villa Resort’ menerusi Lexis Hibiscus Port Dickson manakala Lexis Suites Penang memenangi dua anugerah iaitu ‘Best All Suite Resort’ dan ‘Best New Resort’.

Majlis diadakan di Palazzo Versace Dubai itu menampilkan pelbagai jenama perhotelan mewah dari lebih 60 negara.

Diakui sebagai acara paling berprestij dalam kalendar perhotelan mewah, ‘Haute Grandeur Global Awards’ mengiktiraf pengalaman penginapan terbaik, hotel, spa serta restoran ternama di seluruh dunia.

Mengulas mengenai kemenangan itu, Presiden Kumpulan Lexis Hotel, Mandy Chew Siok Cheng berkata, sambil membina jenama Lexis, pihaknya komited memberikan pengalaman penginapan yang menjadi kenangan serta unik di setiap hotel mereka.

“Memenangi empat anugerah Haute Grandeur Global Awards adalah satu penghormatan besar dan pengiktirafan kepada kesungguhan, kerja keras dan dedikasi dalam kalangan kami.

“Kami berterima kasih kepada Haute Grandeur Global Awards dan tetamu kami kerana pengiktirafan besar ini,” katanya.

Kumpulan Lexis Hotel kini membabitkan empat hartanah iaitu Lexis, Grand Lexis dan Lexis Hibiscus di Port Dickson serta Lexis Suites Penang di Pulau Pinang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 November 2018 @ 10:25 PM