ZULKEPLI (kiri), Ahmad Fazli (tengah) dan Gunasegaran. FOTO Farizul Hafiz Awang
Shahrinnahar Latib


KOORDINATOR Foto The New Straits Times Press (NSTP) Biro Pahang, Zulkepli Osman dinobatkan pemenang kategori Kewartawanan Foto Cemerlang pada Majlis Anugerah Kewartawanan Lebuhraya Pantai Timur 2018 (AKLPT18) di Kuantan, malam tadi.

Zulkepli memenangi kategori itu menerusi gambar yang diambil ketika petugas ANIH Berhad (ANIH) sedang membaiki pagar keselamatan yang rosak di Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1).

Kemenangan itu menyaksikan Zulkepli membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 bersama piala dan sijil.

Sementara itu, wartawan TV3, Ahmad Fazli Ahmad dan jurukamera, N Gunasegaran memenangi anugerah bagi kategori Berita TV Cemerlang.

Mereka juga membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 bersama piala dan sijil.

Hadiah disampaikan Menteri Kerja Raya, Baru Bian. Turut hadir Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 November 2018 @ 12:14 AM