ANGGOTA polis mengadakan sekatan jalan bagi mengesan tertuduh kes dadah yang melarikan diri, semalam. FOTO Ihsan PDRM
Ifwan Tun Tuah


POLIS mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kejadian tertuduh kes dadah yang melarikan diri dari Mahkamah Majistret Rembau, semalam.

Ketua Polis Daerah Rembau Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Mohammad Azrin Mohd Danial, 29, beralamat di FELDA Bukit Jalor, Air Kuning Selatan, Gemencheh diminta menghubungi polis.

“Orang awam diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau di talian 06-6851999 atau Pegawai Pnyiasat Inspektor Harizan Misron di talian 012-7425209 bagi membantu siasatan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 224 dan Seksyen 223 Kanun Keseksaan,” katanya, hari ini.

NSTP hari ini melaporkan, tertuduh yang menghadapi pertuduhan berkaitan kesalahan dadah melarikan diri dari Mahkamah Majistret Rembau, jam 10.30 pagi semalam.

Sementara itu, Anuar Bakri berkata, pihaknya menjalankan gerakan mengesan suspek secara besar-besaran membabitkan IPD Rembau dan Tampin.

Berita berkaitan

Lari sebelum kena dakwa

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 November 2018 @ 8:56 PM