KEJADIAN tanah runtuh di Bukit Kukus, Oktober lalu. FOTO arkib NSTP
KEJADIAN tanah runtuh di Bukit Kukus, Oktober lalu. FOTO arkib NSTP
Siti Sofia Md Nasir


POLIS Pulau Pinang mengesahkan siasatan kes kejadian tanah runtuh di Projek Pembinaan Jalan Berkembar Paya Terubong di Jalan Bukit Kukus, Georgetown sudah selesai.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Seri A Thaiveegan berkata, kertas siasatan berhubung tragedi berkenaan juga sudah diserahkan kepada pejabat pengarah pendakwaan negeri, hari ini.

"Ya, semua siasatan sudah siap. Kami baru menyerahkan kertas siasatan kepada pejabat pendakwaan negeri sebentar tadi," katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Deepavali Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di Georgetown, hari ini.

Minggu lalu, Thaiveegan mengesahkan sudah memanggil hampir 70 saksi daripada pelbagai jabatan serta agensi untuk dirakam percakapan bagi menbantu siasatan insiden Bukit Kukus.

Dalam kejadian 19 Oktober lalu, sembilan mangsa ditemui maut tertimbus, manakala tiga lagi cedera di tapak projek jalan berkembar Bukit Kukus.

Projek bernilai RM545 juta itu dijangka siap pada Mac 2020 kerana beberapa faktor antaranya cabaran di tapak dan proses pengambilan tanah.

Projek tersebut membabitkan empat bahagian, termasuk bahagian pertama iaitu pelebaran Lebuh Raya Thean Teik yang sudah siap sepenuhnya pada awal tahun ini.

Berita berkaitan:

  • Sebulan siasat punca, sedia laporan
  • Tak ikut empat garis panduan [METROTV]
  • Tunggu laporan lengkap MBPP
  • 'Harap kepala adik ditemui'
  • Rakan sekampung maut bersama [METROTV]
  • Di mana kontena misteri?
  • Kucing 'diselamatkan' dalam runtuhan tanah
  • Dah cakap, tapi tak mahu dengar...
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 November 2018 @ 2:17 PM
    Digital NSTP Subscribe