ANTARA kesan kejadian berkenaan. FOTO Saddam Yusoff
Fazrik Kamarudin


POLIS sudah mengenal pasti kumpulan yang disyaki terbabit dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya juga mempunyai petunjuk untuk memburu individu yang menjadi dalang dalam kejadian berkenaan.

“Kita ada petunjuk, buat masa ini usaha polis dijalankan berdasarkan petunjuk itu, kita yakin kita sudah kenal pasti beberapa individu terutama kumpulan yang menyerang kuil itu.

“Bagaimanapun, kita masih memerlukan maklumat lanjut daripada mereka yang menyaksikan kejadian itu,” katanya dalam sidang media di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), Subang Jaya, hari ini.

Media melaporkan dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi semalam, sebanyak 18 kenderaan dibakar dan puluhan individu berkumpul dan merusuh di kawasan tapak kuil berkenaan sebelum tercetus pergaduhan di lokasi terbabit.

Difahamkan, perselisihan faham antara dua kumpulan mengenai isu perpindahan tapak kuil itu menjadi punca pergaduhan berkenaan.

Lagi berita berkaitan Rusuhan Kuil Maha Mariamman

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 November 2018 @ 6:20 PM