TRAK penunda membawa keluar kereta yang rosak dalam kejadian rusuhan di hadapan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, malam ini. Foto MAHZIR MAT ISA
Mohd Husni Mohd Noor


KEJADIAN rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya tidak dicetuskan oleh penduduk tempatan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, beliau pasti ada dalang di sebalik kejadian rusuhan berkenaan.

“Ia bukan masalah Melayu melawan India, tetapi orang itu datang dari tempat lain, bukan orang tempatan.

“Ada orang jadi dalang di belakang kejadian itu,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis penyampaian Anugerah Akademik Negara (AAN) kali ke-12 di Putrajaya, malam ini.

Ditanya keputusan dan pendirian kerajaan berhubung kes-kes pemindahan kuil selepas ini, Dr Mahathir berkata, kerajaan mempunyai cara untuk mengelakkan kejadian seumpama itu daripada berulang.

Berhubung dakwaan yang mengaitkan polis lambat bertindak, Dr Mahathir berkata, polis tidak mahu bertindak secara kasar menyebabkan mereka perlu berhati-hati dalam menguruskan kes berkenaan.

Lagi berita berkaitan Rusuhan Kuil Maha Mariamman

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 November 2018 @ 11:25 PM