Hafidzul Hilmi Mohd Noor


KIRA-KIRA 30 individu dari lapan pengurusan kuil sekitar Lembah Klang hadir ke Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, bagi menunjukkan bantahan terhadap pemindahan kuil berkenaan, hari ini.

Kumpulan berkenaan membawa sepanduk dan berkumpul di kuil pada 12.15 tengahari bagi membantah pemindahan kuil berkenaan.

Wakil Pertubuhan Malaysia Tamilar Munetra Kalagem, Eshrari Subramaniam berkata, pihaknya mewakili lapan pengurusan kuil itu mahu tapak kuil Sri Maha Mariamman dikekalkan.

“Kami membantah pemindahan kuil ini kerana ia sudah wujud sejak 147 tahun lalu, tapak kuil ini perlu dikekalkan.

“Jadi kami datang beramai-ramai pada hari ini adalah sebagai bantahan dan memohon kerajaan mengekalkan tapak ini,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Terdahulu, kumpulan berkenaan hadir dengan sambil memegang sepanduk tertera ‘Jangan padamkan sejarah 147 tahun’ dan ‘Hormati hak asasi Hindu (Tamil) Malaysia’.

Mereka kemudian dilihat beredar kira-kira setengah jam kemudian tanpa sebarang provokasi berlaku.

Lagi berita berkaitan Rusuhan Kuil Maha Mariamman

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 November 2018 @ 1:03 PM
KIRA-KIRA 30 individu dari lapan pengurusan kuil sekitar Lembah Klang hadir ke Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, bagi menunjukkan bantahan terhadap pemindahan kuil berkenaan, hari ini. FOTO Hafidzul Hilmi