MESEJ tidak benar yang ditularkan pihak tertentu. FOTO Ihsan Facebook IPD Subang Jaya
Fazrik Kamarudin


POLIS menafikan beberapa dakwaan yang tular dalam media sosial yang mempertikaikan tahap keselamatan di Subang Jaya dan kawasan sekitarnya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, pihaknya memberi jaminan kawasan Subang Jaya berada dalam keadaan selamat dan tenang.

“Adalah ditegaskan keadaan semasa di seluruh kawasan Subang Jaya adalah tenang, selamat dan terkawal.

“Netizen diminta berhenti daripada menular berkaitan perkara yang tidak benar di dalam media sosial,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Terdahulu, tular beberapa muat naik di media sosial mendakwa Subang Jaya dan kawasan sekitar berada dalam keadaan tidak selamat dan akan berlaku kekecohan.

Insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield pada Isnin lalu itu menyebabkan 23 kenderaan musnah dibakar, manakala cermin sebuah pusat beli-belah turut dipecah dan dirosakkan.

Setakat ini, seramai 30 individu sudah ditahan dipercayai terbabit dalam rusuhan di sekitar kuil berkenaan.

Polis kini sedang menyiasat dan mengesan dalang sebenar yang mencetuskan kekecohan di kuil berkenaan.

Lagi berita berkaitan Rusuhan Kuil Maha Mariamman

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 November 2018 @ 12:37 AM