HM Digital

Putrajaya: Kes rasuah membabitkan 1.6 juta penjawat awam sangat rendah sejak Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk kerajaan awal Mei lalu.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, buat masa ini kes rasuah yang dilaporkan sangat rendah berbanding yang dilaporkan ketika pemerintahan kerajaan terdahulu.

“Jika kerajaan dulu, semua orang bercakap pasal rasuah. Sekarang kami berjaya mengurangkan kes rasuah berkenaan.

“Bagaimanapun, saya tidak nafikan gejala rasuah masih wujud cuma ia tidak berjaya dikesan oleh kami,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Pemerkasaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

DR Mahathir.
DR Mahathir.

Turut hadir, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dan timbalannya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah.

Katanya, kerja yang tertangguh sebenarnya membuka peluang kepada wujudnya aktiviti rasuah.

Dr Mahathir berkata, apabila seseorang pegawai itu melambat-lambatkan kerjanya maka, pemohon akan tampil untuk menawarkan wang atau sogokan bagi mempercepatkan proses itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Disember 2018 @ 12:02 PM