BALU Allahyarham Zainudin Maidin, Datin Zaiton Zainol Abidin (berkerusi roda) menyiram air di pusara suaminya. FOTO Syarafiq Abd Samad
BALU Allahyarham Zainudin Maidin, Datin Zaiton Zainol Abidin (berkerusi roda) menyiram air di pusara suaminya. FOTO Syarafiq Abd Samad
Meor Riduwan Meor Ahmad


JENAZAH bekas Menteri Penerangan, Allahyarham Tan Sri Zainuddin Maidin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Klang Gate, Taman Melawati, dekat Kuala Lumpur, jam 10.10 pagi ini.

Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa ke Surau At-Tarbiah, Taman Melawati jam 8.40 pagi dan disembahyahkan jam 9 pagi.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad antara yang hadir memberi penghormatan terakhir.

Turut hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo; bekas Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; bekas Pengerusi Media Prima, Tan Sri Johan Jaafar dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

Allahyarham yang berusia 79 tahun meninggal dunia jam kira-kira jam 6.40 petang, semalam di Hospital Serdang, Selangor, akibat serangan jantung.

Pada 13 Disember lalu, beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya, akibat masalah paru-paru berair sebelum dipindahkan ke Hospital Serdang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Disember 2018 @ 11:26 AM