Shaarani Ismail

JENAZAH pelumba Cub Prix, Mohd Hafiz Nor Azman, 22, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Serdang Permai, Simpang Pulai kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Allahyarham Mohd Hafiz meninggal dunia selepas terbabit kemalangan ketika berada pada pusingan terakhir perlumbaan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018 di Dataran Bandar Penawar, Johor kira-kira jam 4 petang semalam,

Jenazah Mohd Hafiz sebelum itu, tiba dari yang Hospital Kota Tinggi, Johor di rumah keluarganya di sini kira-kira jam 5.30 pagi tadi dan dibawa ke Masjid Umar Al Khattab kampung berkenaan untuk disembahyangkan kira-kira jam 11 pagi.

Jenazah kemudian dibawa ke tanah perkuburan jam 11.30 pagi dengan diiringi ratusan ahli keluarga, sahabat handai, kenalan dan jiran termasuk pelajar dari Politeknik Ungku Omar yang juga tempat pelumba berkenaan belajar.

Turut hadir menziarahi dan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Howard Lee, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja, Sandrea Lee dan Pegawai Khas Menteri Besar, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh yang mewakili Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Berita berkaitan:

  • Pelumba Cub Prix maut [METROTV]
  • .

  • [UPDATE] AAM tubuh jawatankuasa siasatan
  • .

  • 'Dia simpan duit kemenangan untuk kami tunai umrah'
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Disember 2018 @ 2:06 PM
    Jenazah Md Hafiz di sembahyangkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Simpang Pulai. (Gambar kecil) Nor Azman. FOTO Abdullah Yusof
    Jenazah Md Hafiz di sembahyangkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Simpang Pulai. (Gambar kecil) Nor Azman. FOTO Abdullah Yusof