Skip this ad x
KEADAAN selepas berlaku tsunami di Selat Duna, Indonesia, semalam. FOTO AFP
BERNAMA

MALAYSIA sedia membantu meringankan beban rakyat Indonesia berikutan tsunami yang melanda sekitar pantai di Selat Sunda, Indonesia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Terkesan mendengar berita tsunami melanda Banten, Indonesia yang sekurang-kurangnya telah mengorbankan 20 nyawa.

“Saya doakan Indonesia terus tabah menghadapi ujian ini. Malaysia sedia membantu meringankan beban saudara kita di Indonesia. @jokowi #PrayForIndonesia,” katanya di Twitter beliau, hari ini.

Seramai 20 orang dilaporkan maut akibat tsunami yang berlaku sekitar 9.27 malam tadi (10.27 malam waktu Malaysia) dipercayai akibat letusan gunung berapi Anak Krakatau.

Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) Sutopo Purwo Nugroho berkata, mangsa yang terkorban khususnya berlaku di Kabupaten Pandeglang, Lampung Selatan dan Serang.

Setakat 4.30 pagi tadi (Waktu Indonesia Barat), 20 maut, 165 orang cedera, dua dilaporkan hilang dan puluhan bangunan rosak akibat kejadian itu.

Berita berkaitan

20 maut tsunami 'gegar' Selat Sunda

Gegaran 'Anak Krakatoa' punca tsunami

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Disember 2018 @ 11:24 AM