Vivo Malaysia

Sempena promosi hebat Karnival Krismas Vivo yang berlangsung pada 22 Disember 2018 hingga 1 Januari 2019 depan, pelanggan Vivo berpeluang untuk memenangi hadiah utama iaitu Proton Saga baru dan juga hadiah terkumpul bernilai sehingga RM1 juta.

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu berbelanja RM500 (satu resit pembelian) di mana-mana Vivo Store kemudian daftar pembelian anda untuk menyertai cabutan bertuah dan berpeluang memenangi kereta Proton Saga, pulangan wang tunai sehingga 100 peratus serta banyak lagi hadiah daripada Vivo.

Untuk tawaran bulan Disember ini, anda boleh dapatkan Vivo V11i di mana-mana Vivo Store atau pasaran dalam talian Vivo di Lazada, Shopee, 11street, Lmall dan Vivo Official e-store (http://www.vivostore.com.my) pada harga RM1,099 manakala telefon pintar dengan paparan FullView™ lain berharga RM499 sahaja.

Pelbagai lagi model yang boleh anda dapati dengan harga yang sangat berbaloi seperti Vivo NEX, V11 dan Y91i.

Sementara itu, Vivo NEX menjadi telefon pintar pertama di dunia yang mempunyai kamera boleh laras di hadapan untuk pengalaman tontonan lebih mengagumkan pada peranti dengan skrin paparan Ultra FullView sehingga 6.59 inci.

Peranti ini juga hadir dengan teknologi pengimbas cap jari terbina pada skrin untuk memudahkan anda membuka kunci telefon pintar itu dengan lebih mudah.

Vivo NEX yang tampil dengan paparan Super AMOLED 6.59 inci itu memberikan nisbah aspek 19.3:9 dan nisbah skrin tubuh ke kerangka sebanyak 91.24 peratus.

Tambah mengujakan, teknologi 'soundcasting' skrinnya mampu menghantar bunyi getaran melalui paparan telefon yang mengandungi sistem pembesar suara tanpa lubang kelihatan pada Vivo NEX.

Selain itu, bagi penggemar telefon pintar kelas pertengahan pula, Vivo V11i adalah pilihan yang sangat sesuai untuk anda miliki.

Hadir dengan 16MP + 5Mp untuk dual kamera utama, kedua-duanya dikawal oleh algoritma AI berkuasa tinggi yang mampu menghasilkan kesan bokeh artistik dengan mudah.

Vivo V11i juga hadir dengan storan 4GB RAM dan disokong dengan 128GB ROM untuk memastikan telefon anda beroperasi dengan lebih lancar.

Peranti ini juga dilengkapi dengan mod AI Backlight, AI Low Light, AI Scene Recognition dan AI Portrait Framing yang memudahkan anda mengambil serta merakamkan setiap saat indah.

Model itu didatangkan dengan pilihan warna fusion Starry Night, Nebula dan Fairy Pink.

Jika anda mencari telefon pintar bajet yang memiliki paparan lebih luas pula, Vivo Y81i adalah pilihan tepat. Ia hadir dengan saiz paparan sehingga 15.5 peratus lebih baik berbanding telefon pintar yang biasa.

Vivo Y81i turut dilengkapi kamera definisi 13MP manakala mampu AI Face Beauty mengesan jantina, umur, tona dan tekstur kulit serta keadaan pencahayaan di sekeliling sementara kesan peningkatan kecantikan disesuaikan untuk menekankan kecantikan semula jadi anda.

Selain itu, Y81i juga menyediakan teknologi Face Access dan membolehkan anda membuka kunci telefon pintar itu dengan lebih senang.

Untuk maklumat lanjut, lawati Vivo Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Disember 2018 @ 3:11 PM