Safuri Kamarudin
cnews@nstp.com.my


PENUNGGANG motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Kuala Pegang berdekatan Kampung Mengkuang Masjid, di Baling, hari ini.

Dalam kejadian jam 1.40 tengah hari itu, mangsa, Mohammad Syamir Mohammad Zambri, 16,dari Kampung Mengkuang Hujung, Kuala Pegang maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superitendan Mohd Yusof Shaari, berkata mangsa yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Pegang menunggang motosikal Honda C100 dalam perjalanan dari arah Kuala Pegang menuju Parit Panjang dan terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar tiang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di bahu jalan.

Menurutnya, mangsa dipercayai hilang kawalan sehingga terbabas dan melanggar tiang elektrik itu menyebabkan dia parah di kepala sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat dihantar keUnit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH)Sungai Petani untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan1987,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Disember 2018 @ 5:55 PM