ANGGOTA polis membawa tertuduh ke Mahkamah Majistret Butterworth. FOTO Mikail Ong
Hadzlihady Hassan


PEMOTONG daging waga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Butterworth, hari ini atas pertuduhan membunuh majikannya .

Tertuduh, Jonathan Sihutongb, 31, hanya mengangguk faham sejurus kertas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di hadapan Majistret M Kalaiarasi dan tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Tertuduh didakwa menyebabkan kematian Sia Seok Nee, 44, di kilang Toto Food Trading di Kampung Selamat, Tasek Gelugor kira- kira 4 petang, 19 Disember lalu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Aisyah Al Humayrah Kamaruzaman manakala tertuduh diwakili peguam Ooi Peng Ling.

Sementara itu, Jonathan juga berdepan dua lagi pertuduhan iaitu mencederakan dua lagi pekerja kilang terbabit yang juga anak dan anak saudara Sia.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga itu,

tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan majistret sama.

Mengikut kertas pertuduhan tertuduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Yong Wei Keong,14, dan Sia Yung Jern, 17, dengan menggunakan parang.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut seksyen 326 Kanun Kesiksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara selama 20 tahun dan dikenakan denda atau sebatan.

Bagi semua pertuduhan itu, Kalaiarasi menetapkan 1 Februari depan untuk sebutan kes.

Berita berkaitan

Suspek kes tetak nak sambut Krismas

[UPDATE] Suspek tetak dicekup [METROTV]

Polis buru suspek kes tetak

Mengamuk tetak sampai mati

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Disember 2018 @ 2:39 PM