Seorang lelaki cuba mengeleuarkan tangan mangsa yang tersepit.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@nstp.com.my

KANAK-KANAK lelaki cedera selepas tangan kirinya tersepit pada rim tayar ketika membonceng motosikal di Bandar Sunway di Petaling Jaya, pagi tadi.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9 pagi menyebabkan tangan kiri kanak-kanak itu cedera.

Gambar kejadian berkenaan tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Difahamkan seorang lelaki membantu untuk mengeluarkan tangan kanak-kanak berkenaan.

Mengikut maklumat yang ditularkan, kejadian dipercayai berlaku apabila kanak-kanak itu dikatakan memakai jaket labuh sebelum tersangkut pada rim tayar berkenaan.

Kanak-kanak lelaki terbabit kemudian terjatuh dan tangan kirinya tersepit pada rim tayar terbabit.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat tidak menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian.

“Bomba tidak menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 January 2019 @ 5:36 PM