LAPORAN Harian Metro sebelum ini.
Teoh Pei Ying


SUSULAN peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15, kebanyakan netizen mula tertanya-tanya siapakah bakal pengganti Agong itu kelak.

Ada yang melontarkan pendapat masing-masing menerusi media sosial antaranya Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai pengganti Agong, ada juga yang meramalkan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan ada yang tidak bersetuju apabila menegaskan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar lebih layak.

Antara komen netizen daripada pelbagai media sosial ialah daripada seorang bernama Lee berkata, “Sultan Perak adalah calon paling sesuai. Baginda seorang yang berpendidikan tinggi dan mempunyai ilmu pengetahuan luas. Seorang yang sederhana dan pilihan tepat sebagai Agong seterusnya.

Muhd Zulhilmi pula berkata, “Saya harap Sultan Johor akan menjadi Agong ke-16. Pasti ada orang yang takut. Daulat Tuanku. Terima Kasih Agong yang disayangi.

Rakam Tikam pula berkata, Daulat tuanku! sebagai rakyat Pahang, saya jamin Sultan Ahmad Shah dilantik sebagai Agong ke-16.

Matt Mieyy berkata, “Haha walau agong letak jawatan tapi kata2 baginda..'sila duduk dan jangan lari' masih segar diingatan..daulat tuanku..

Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa serta-merta, hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz dalam satu kenyataan hari ini berkata, peletakan jawatan baginda itu dibuat selaras Perkara 32(3) Perlembagaan Persekutuan dan sudah dimaklumkan secara rasmi kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja melalui warkah yang diutuskan kepada Setiausaha Majlis Raja-Raja.

Berita berkaitan

Hampir 27 bulan sebagai Agong

Siapakah bakal ditabalkan?

Rakyat Kelantan terkejut!

Agong letak jawatan

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 January 2019 @ 10:28 PM