GAMBAR hiasan
Hidayatul Akmal Ahmad
hidayatulakmal@nstp.com.my


KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memperkenalkan saluranWhatsApp bagi memudahkan orang ramai membuat aduan di talian 019-2794317.

Medium berkenaan adalah tambah baik lapan saluran sedia ada antaranya e-mel, talian bebas tol dan laman sosial Facebook (FB).

Menerusi satu kenyataan kepada Harian Metro, pengguna boleh menyalurkan aduan dengan memberikan maklumat lengkap melalui aplikasi Whats-App di talian berkenaan sebelum tindakan susulan oleh penguat kuasa KPDNHEP diambil dalam tempoh 24 jam.

"Kita buka talian ini khusus untuk memudahkan pengguna jika ada peniaga yang menjual barang dengan harga terlalu tinggi serta tidak munasabah.

"Pengadu hanya perlu sertakan nama, harga barang serta lokasi bagi memudahkan pihak kami mengambil tindakan. Sekiranya peniaga masih ingkar, KPDNHEP akan mengambil tindakan menggunakan beberapa akta termasuk Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011,Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 1972.

Orang ramai juga boleh menyalurkan aduan kepada KPDNHEPantaranya menerusi talian 03-80008000 1Malaysia One Call Centre (1MOCC), talian bebas tol Pusat Informasi dan Gerakan Operasi Strategik (PIGOS) di 03-88826088.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 January 2019 @ 7:51 PM