Skip this ad x
Hanneeyzah Bariah Baharin


SEORANG kerani menjadi mangsa cabul lelaki Myanmar ketika dia membuat pemeriksaan kerja membaiki paip dilakukan suspek.

Dalam kejadian jam 4.30 petang 4 Januari lalu, mangsa berusia 35 tahun bertugas sebagai penyelia melakukan pemantauan terhadap kerja membaiki paip oleh suspek di sebuah bilik asrama di Kem Seri Keluang di Jertih.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, ketika kejadian mangsa hanya datang berseorangan untuk memantau kerja membaiki paip dilakukan suspek.

“Bagaimanapun ketika melakukan pemantauan, buruh berusia 26 tahun itu bertindak menarik tangan mangsa.

“Suspek kemudian bertindak meraba punggung, payu dara dan mencium mulut serta pipi mangsa.

“Mangsa yang terkejut menjerit meminta bantuan lalu menolak suspek dan berjaya melarikan diri dari tempat kejadian,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, susulan kejadian mangsa dari Kampung Raja membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja pada 7 Januari untuk tindakan lanjut.

Mohd Zamri berkata, susulan laporan mangsa, suspek ditahan di kem berkenaan pada hari sama dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 January 2019 @ 8:25 PM