Muhaamad Hafis Nawawi dan Aizat Sharif
cnews@nstp.com.my


LELAKI yang mengamuk dan membunuh dua beradik di Yan, kelmarin, dikatakan sempat menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama penduduk kampung di masjid kampung itu.

Penduduk, Omar Bakar, 53, berkata lelaki itu dilihat hadir ke masjid dan mendirikan solat bersama jemaah lain sebelum mengamuk beberapa jam kemudiannya.

“Sebelum solat, lelaki itu ada berjumpa saya dan meluahkan perasaan mengenai masalah yang dihadapi sehingga mengalami tekanan perasaan.

“Kami memang sedia maklum dia mengalami tekanan perasaan selepas bercerai dua tahun lalu. Malah, semua anak-anaknya yang masih kecil mengikut bekas isterinya tinggal di tempat lain,” katanya ketika ditemui di Kampung Tengah, Jalan Kuala Sungai, di Yan, hari ini.

Omar berkata, selepas sahaja lelaki itu meluahkan perasaannya, dia menyuruh lelaki itu mengambil wuduk dan bersama-sama menunaikan solat Maghrib berjemaah.

“Lepas solat, dia terus pulang dan saya sangkakan dia akan datang semula untuk solat Isyak berjemaah, tetapi dia tidak hadir.

“Sekitar jam 11.45 malam, saya dikejutkan dengan panggilan telefon rakan sekampung yang mengatakan lelaki itu sudah ‘naik gila’ dan mengamuk,” katanya.

Pada mulanya, dia menyangka lelaki berkenaan sekadar bertelagah kecil dengan penduduk kampung dan tidak menyangka dia sudah membunuh dua kanak-kanak jiran.

“Kami sudah macam adik-beradik di kampung ini, kadang-kadang saya ajak dia bersama-sama keluar minum di gerai makan berdekatan kampung.

“Jadi, memang tidak timbul orang kampung pinggirkan dia sehingga menghadapi masalah tekanan jiwa,” katanya.

Sementara itu, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) yang turut melawat keluarga mangsa bersetuju membina rumah di bawah Skim Bantuan Rumah Individu kepada keluarga dua kanak-kanak malang itu.

Rumah berharga RM43,000 itu dijangka akan dibina secepat mungkin.

Selain itu, LZNK juga menyampaikan sumbangan sebanyak RM2,000 kepada bapa mangsa, Idris Saad, dan RM300 kepada Soberi Saad yang cedera di telinga kiri akibat ditetak dalam kejadian amuk itu.

Berita berkaitan

Pembunuh pernah minta maaf

[UPDATE] Suspek bunuh 2 beradik positif ganja

Salur nafas putus akibat dikelar

[UPDATE] Pilunya hati ayah...[METROTV]

[UPDATE] 'Pesakit mental, rupanya...'

[UPDATE] Kelu lihat 2 anak 'bermandi darah' [METROTV]

'Dia serang dengan kayu dulu...'

[UPDATE] Lelaki 'amuk' direman 7 hari

Petanda Angah tidak mahu makan dahulu...

[UPDATE] Polis rampas parang kelar dua beradik

2 budak maut dikelar

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 January 2019 @ 3:37 PM