ZIAN JOHARI
Mohd Nasif Badruddin
mnasif@hmetro.com.my


BEKAS Pengarang Eksekutif Harian Metro, Zian Johari, 65, meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Hospital Serdang, 12.20 tengah malam tadi.

Difahamkan Allahyarham sudah hampir sebulan mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

Selepas menamatkan jawatan terakhir dalam bidang media sebagai Pengarang Eksekutif Berita Minggu, beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Pegawai Media di Pejabat Setiausaha Agung UMNO di bawah Tan Sri Annuar Musa.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediamannya di Ukay Perdana dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana selepas solat Zuhur, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 January 2019 @ 10:10 AM