RAMLI (dua dari kiri) beramah mesra dengan masyarakat Orang Asli ketika berkempen di sekitar Tanah Rata, Cameron Highlands.
Rizanizam Abdul Hamid

Cameron Highlands: “Tiada komen, saya bukan lagi dalam jawatan.”

Demikian komen ringkas calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor ketika ditanya wartawan apakah beliau akan menyentuh isu 1 Malaysia Developement Berhad (1MDB) dalam kempen pilihan rayanya.

Terdahulu dalam kempen bertemu pengundi di kawasan medan selera di Tanah Rata, Ramli yang juga bekas pegawai kanan komersial Bukit Aman turut menyebut kepada pengundi beliau juga sebahagian daripada pasukan dalam kes 1MDB.

Wartawan kemudian cuba mendapatkan penjelasan lanjut apakah beliau akan menggunakan isu 1MDB untuk penjelasan sebagai bahan kempen, beliau memberitahu dia tidak lagi berada dalam jawatan.

  • Lagi berita berkaitan PRK Cameron Highlands
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 January 2019 @ 11:53 AM