ANGGOTA bomba memadam kebakaran di kedai menjual peralatan sukan di Jalan Ibrahim, Sungai Petani, semalam. FOTO Ihsan Pembaca
ANGGOTA bomba memadam kebakaran di kedai menjual peralatan sukan di Jalan Ibrahim, Sungai Petani, semalam. FOTO Ihsan Pembaca
Muhammad Mustakim Ramli


SEBUAH kedai menjual peralatan sukan di Jalan Ibrahim, Sungai Petani musnah dalam kebakaran, semalam.

Dalam kejadian 10.44 malam itu, tindakan pantas anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sungai Petani dan BBP Amanjaya berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kedai bersebelahan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan lalu menghantar jentera dan 22 anggota ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba kita mendapati kebakaran membabitkan bangunan kedai dua tingkat menjual peralatan sukan.

“Kita turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Petani berjaya mengawal kebakaran sekitar jam 10.53 malam (semalam),” katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Katanya, tiada kemalangan jiwa berlaku dan punca kejadian serta kerugian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 January 2019 @ 12:35 AM