Adnan Ibrahim
cnews@nstp.com.my

Kluang: Tiga lelaki yang terbabit dengan kes rogol pada 2011 antara 14 individu diburu polis daerah ini.

Semua suspek itu terbabit dengan jenayah di daerah ini sejak 2010.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, suspek utama diburu bagi kes rogol ialah Amri Mustafa, 33, yang beralamat terakhir di Kampung Badong Dalam, Merchong, Pekan, Pahang.

“Dua lagi ialah Saiful Bahtiar Suboh, 32, dari Kampung Setia Jaya, Bukit Batu, Machap dan Mohd Fikry Mohd Kahar, 34, dari Kampung Datuk Ibrahim Majid, Simpang Renggam,” katanya semalam.

Menurutnya, 11 lagi individu dikehendaki untuk membantu pelbagai siasatan kes jenayah membabitkan kes bunuh seorang, melarikan orang (seorang), pemerasan (dua), ragut (dua), samun berkawan (tiga) serta dua kerana mendatangkan kecederaan.

Sebelas suspek itu ialah Prabu Parasamy, 36, Arvindran Kalidasen, 23, Rajesh Khanna Mamale, 37, Muhamad Shahmi Ahmad, 31, Shahrul Anuar Ismail, 31, Prem Tau Krishnan, 28, Yathirajan Selvakumar, 29, Muhamad Firdaus Kamaruzaman, 24, Eric Chew, 27, Mohamad Haizan Jamari, 26, dan Mohamad Amirul Haiqal Rosli, 26.

Terdahulu, Mohd Abduh meninjau Program Hari Bertemu Pelanggan IPD Kluang, semalam yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota Md Said Jonet dan ADUN Mengkibol Chew Chong Sin.

Menurutnya, orang ramai yang mengenali suspek diminta menghubungi Inspektor Karnan di talian 014-2401265, 07-7784222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 January 2019 @ 10:01 AM