Laporan Harian Metro sebelum ini.
BERNAMA

PELANGGAN Bank Simpanan Nasional (BSN) kini boleh kembali menjalankan transaksi perbankan di semua mesin juruwang automatik (ATM) BSN.

BSN dalam kenyataan hari ini berkata, untuk kemudahan pelanggan, perkhidmatan perbankan ATM bank itu dilanjutkan sehingga 2 pagi esok (22 Jan) dan beroperasi seperti biasa bermula 7 pagi.

“Kami amat menghargai kesabaran anda dan akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik,” katanya.

Sistem perbankan teras BSN mengalami gangguan sejak 6.10 pagi Sabtu (19 Jan) dan menjejaskan operasi perbankannya di semua cawangan serta saluran perbankan automatik kecuali kemudahan Kad Kredit BSN.

Berita berkaitan

Sistem perbankan BSN tergendala

[UPDATE] Pelanggan BSN diminta bersabar

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 January 2019 @ 11:24 PM