Banting: Rancangan menaik taraf Surau Ar-Rayyan di Seksyen 7 serta pembinaan asrama pelajar semakin menjadi kenyataan apabila RM300,000 dikumpul melalui kejohanan golf amal yang diadakan pagi semalam.

Kejohanan yang diadakan di Amverton Cove Golf and Island Resort bermula jam 8 pagi tadi, menyaksikan 100 peserta termasuk Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Selain Amirudin, Pegawai Kewangan Selangor Datuk Nor Azmie Diron, EXCO Selangor Datuk Abdul Rashid Asari dan Pengerusi Surau Ar-Rayyan Azlan Suhaimi turut menyertai kejohanan berkenaan.


AMIRUDIN bersama peserta pada Kejohanan Golf Amal Anjuran Surau Ar-Rayyan Seksyen 7, Shah Alam. FOTO Faiz Anuar

Azlan berkata, kejohanan golf aman itu antara beberapa inisiatif yang dilaksanakan untuk mengumpul dana bagi menaik taraf Surau Ar-Rayyan yang berusia sedekad selain pembinaan sebuah asrama.

Rancangan itu dimulakan pada Ogos lalu selepas pengurusannya mendapati pertambahan bilangan kariah selain menyediakan ruang lebih selesa untuk pelajar maahad tahfiz belajar dan berehat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 January 2019 @ 10:04 AM