Hadzlihady Hassan


“SELAIN bantuan alat pengesan, saya juga menggunakan gerak hati ketika menyelam bagi mencari kenderaan itu,” kata penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Duyong, Laskar Kanan Mohd Farid Nordin.

Mohd Farid yang juga penyelam pertama menemui kenderaan utiliti sukan (SUV) putih yang terhumban dalam laut itu berkongsi pengalamannya, berkata dia menggunakan gerak hati ketika mengesan SUV terbabit.

“Sebaik turun dalam laut, memang tidak nampak apa-apa namun bila saya dekatkan mata baru nampak yang ia sebuah kereta.

“Pencarian itu juga dilakukan berdasarkan video yang tular dan kerana sudah lama buat kerja macam ni, saya turut menggunakan gerak hati,” katanya yang sudah berpengalaman 11 tahun menjadi penyelam.


PASUKAN mencari dan menyelamat (SAR) membuat persiapan untuk mengangkat Mazda CX-5 yang terhumban ke dalam laut di Jambatan Pulau Pinang, hari ini. Foto RAMDZAN MASIAM. Mohd Farid (gambar kecil)

Menurutnya, dia melihat tayar kiri kenderaan itu terbenam dalam pasir dengan keadaan but terbuka selain tayar kanan belakang terkeluar.

“Selepas itu, saya terus membuat ‘marking float’ dan naik semula ke atas untuk berbincang bagaimana cara membawa naik kenderaan itu.

“Selepas persetujuan dicapai oleh semua agensi, jadi kita bersetuju menaikkan kenderaan terbabit menggunakan kren,” katanya.

Berita berkaitan

'Yun Peng, pulanglah...'

Operasi 'angkat' SUV putih disambung esok [METROTV]

Insiden kelima sejak 2010

SUV putih sudah ditemui

Hormati keluarga mangsa - Ketua Polis Pulau Pinang

Pemandu SUV dan Toyota Vios adalah rakan

Identiti pemandu SUV putih dikenal pasti [METROTV]

SUV terjunam: Pemandu Vios positif ganja [METROTV]

Vios, SUV dipandu laju - Polis

[UPDATE] Terus kesan SUV putih tercampak ke laut [METROTV]

'Kereta tercampak ke dalam laut [METROTV]'

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 January 2019 @ 1:54 PM