Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my


JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang akan menjalankan siasatan berhubung permohonan maaf yang dilakukan seorang lelaki kerana menghina tugas anggota pasukan penyelamat itu.

Pengarahnya Saadon Moktar berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terlebih dahulu sama ada permohonan maaf dibuat lelaki itu benar-benar ikhlas atau hanya sekadar gimik.

Menurutnya, pasukan bomba ada akta tersendiri dan boleh mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana individu mengikut Seksyen 51 Akta Perkhidmatan Bomba 1988 kerana mencaci, mengganggu dan menghalang tugas.

“Lelaki itu ada datang dan bertemu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak untuk memohon maaf jam 9 pagi hari ini.

“Saya difahamkan yang dia juga menangis teresak-esak ketika membuat permohonan maaf itu, namun kita akan pertimbangkan sama ada untuk mengambil tindakan lanjut atau sebaliknya," katanya yang ditemui di Jeti Marin Batu Uban, hari ini.

Saadon berkata, pihaknya berharap tiada lagi mana-mana individu yang mengkritik atau membuat sebarang komen di media sosial ketika pasukan penyelamat sedang melakukan kerja dan operasi.

Semalam, seorang lelaki menulis komen ketika FB secara langsung operasi menyelamat dan mencari kenderaan utiliti sukan (SUV) putih yang terjunam di dalam laut di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang arah Perai, semalam.

Lelaki terbabit mengkritik mengatakan pasukan bomba sebagai teruk serta hanya tidur dan makan sahaja.

Berita berkaitan

Tayar kiri SUV putih terbenam dalam pasir

'Yun Peng, pulanglah...'

Operasi 'angkat' SUV putih disambung esok [METROTV]

Insiden kelima sejak 2010

SUV putih sudah ditemui

Hormati keluarga mangsa - Ketua Polis Pulau Pinang

Pemandu SUV dan Toyota Vios adalah rakan

Identiti pemandu SUV putih dikenal pasti [METROTV]

SUV terjunam: Pemandu Vios positif ganja [METROTV]

Vios, SUV dipandu laju - Polis

[UPDATE] Terus kesan SUV putih tercampak ke laut [METROTV]

'Kereta tercampak ke dalam laut [METROTV]'

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 January 2019 @ 4:16 PM
SAADON semasa sidang media di Pangkalan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1, Batu Uban, hari ini. Foto SHAHNAZ FAZLIE SHAHRIZAL. Komen yang dimuat naik seorang lelaki mengkritik tugas pasukan bomba (gambar kecil)