GAMBAR hiasan
BERNAMA

POLIS mengesahkan Stephen Warde, 32, lelaki warga Ireland yang dilaporkan hilang sejak hujung bulan lalu masih belum ditemui.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah berkata, lelaki itu kali terakhir dilihat berada di Mercu Summer Suite, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada 28 Dis lalu.

“Beliau masuk ke Malaysia pada 15 Nov 2018 dan setakat hari ini beliau masih belum ditemui, siasatan lanjut berhubung kes ini masih dilakukan,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Pusat Kawalan Daerah Dang wangi 03-26977099.

Semalam, media antarabangsa melaporkan Stephen hilang di Malaysia selepas anggota keluarganya gagal menghubunginya sejak tiga minggu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 January 2019 @ 10:56 PM