SAKSI kes bunuh (dari kiri) Kamarul Zaimmi, Mohd Ferdaus, Mohamad Fazli dan Ramli diminta hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 29 Januari ini. FOTO Ihsan PDRM
Nurul Hidayah Bahaudin


POLIS mengesan empat lelaki yang juga saksi kejadian kes bunuh seorang lelaki di sebuah lombong berhampiran kilang di Taman Cheras, Kuala Lumpur pada Julai 2015.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dalam kenyataan media, hari ini, memaklumkan pihaknya mengesan saksi terbabit bagi menghadiri perbicaraan kes terbabit di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Selasa depan.

Menurutnya, saksi itu adalah Kamarul Zaimmi Kamarudin, 39, beralamat terakhir di Jalan Kampung Titi Wangsa, Hulu Langat dan Mohd Ferdaus Kamarudin, 33, (Batu 11, Jalan Cheras, Kajang).

“Selain itu, polis juga mengesan Mohamad Fazli Hasnon, 46, beralamat terakhir di Taman Cheras Jaya, Batu 9, Cheras, serta Ramli Mohd Syarif, 44, dari Batu 13, Simpang Balak, Kajang,” katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Ismail Ahmad di talian 019-2306107 atau menghubungi IPD Kajang di talian 03-89114222.

Dalam kejadian 20 Julai 2015, mayat mangsa berusia 28 tahun ditemui terapung di dalam lombong berkenaan selepas kali terakhir dilihat keluar dari rumahnya bersama rakan sehari sebelum kejadian.

Mangsa dipercayai maut selepas dipukul disyaki bermotifkan dendam.

Susulan itu, polis menahan tujuh suspek berusia antara 28 hingga 42 tahun bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

- ends #kw kesan saksi, kes bunuhKeterangan gambar:1. Kamarul Zaimmi Kamarudin berusia 39 tahun yang beralamat di Jalan Kampung Titi Wangsa, Hulu Langat.2. Mohd Ferdaus Kamarudin, 33, yang beralamat di Batu 11, Jalan Cheras, Kajang.3. Mohamad Fazli Hasnon, 46, yang beralamat di Taman Cheras Jaya, Batu 9, Cheras.4. Ramli Mohd Syarif, 44, yang beralamat di Batu 13, Simpang Balak, Kajang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 January 2019 @ 2:55 PM