BERNAMA

PEMANDU Toyota Vios yang terbabit dalam pelanggaran dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX5 yang terhumban ke laut di Jambatan Pulau Pinang Ahad lalu bersedia menerima hukuman akibat kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, pemandu berusia 21 tahun itu memaklumkan dia bersedia menerima sebarang hukuman dari mahkamah atas kejadian terbabit.

Selain itu katanya, lelaki berkenaan juga menangis apabila mengetahui pemandu SUV terbabit yang juga rakannya maut dalam kejadian itu.

Pemandu itu sedih selepas diberitahu polis mengenai kematian Moey Yun Peng, 20, dalam kejadian jam 2.54 pagi itu.

Moey maut selepas SUV dipandunya terhumban ke laut selepas berlanggar dengan Vios dipandu lelaki itu di Kilometer 4, Jambatan Pulau Pinang.

“Selepas keadaan dia semakin baik selepas menerima rawatan di hospital, kami memaklumkan kepadanya mengenai apa yang berlaku kepada rakannya, dia terus sugul dan sedih,” katanya hari ini.

Lelaki yang bekerja sebagai pendandan rambut di sebuah salon milik ibunya itu turut meminta maaf beberapa kali kerana merasakan kemalangan itu berlaku disebabkan keretanya hilang kawalan dan melanggar SUV rakannya.

Sementara itu, Nik Ros Azhan berkata, kertas siasatan berhubung kemalangan itu dijangka siap Isnin ini dan hanya menunggu laporan kimia kandungan alkohol dan dadah pemandu Toyota Vios itu.

“Kami percaya kertas siasatan kes itu dapat dilengkapkan dalam tempoh terdekat sebelum menyerahkannya kepada pejabat pendakwa raya untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan maut.

Berita berkaitan

[UPDATE] Dibebaskan dengan jaminan polis [METROTV]

Pemandu Toyota Vios serah diri

Keluarga Moey mahu keadilan

'Tolong henti sebar gambar, video Moey'

Ini sebab lebih 24 jam untuk naikkan SUV

[UPDATE] Mayat dalam SUV masih sempurna

[UPDATE] SUV putih dinaikkan [METROTV]

Alamak, tali terlucut pulak...

Insiden kelima sejak 2010

'Ikhlas atau gimik minta maaf...' [METROTV]

Tayar kiri SUV putih terbenam dalam pasir

'Yun Peng, pulanglah...'

Operasi 'angkat' SUV putih disambung esok [METROTV]

Insiden kelima sejak 2010

SUV putih sudah ditemui

Hormati keluarga mangsa - Ketua Polis Pulau Pinang

Pemandu SUV dan Toyota Vios adalah rakan

Identiti pemandu SUV putih dikenal pasti [METROTV]

SUV terjunam: Pemandu Vios positif ganja [METROTV]

Vios, SUV dipandu laju - Polis

[UPDATE] Terus kesan SUV putih tercampak ke laut [METROTV]

'Kereta tercampak ke dalam laut [METROTV]'

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 January 2019 @ 12:05 AM