GOH. FOTO Ihsan polis
Mohd Hilmie Hussin

SEORANG lelaki diminta hadir ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, bagi memberi keterangan berhubung perbicaraan kes mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Goh Yong [email protected], 33, kini berada dalam senarai dikehendaki dan waran tangkap dikeluarkan mahkamah berikutan beberapa kali tidak menghadiri perbicaraan.

Pegawai penyiasat Inspektor N A Nimal Kumar berkata, lelaki beralamat di nombor 193 Ujong Pasir itu perlu hadir bagi memberi keterangan di Mahkamah Sesyen pada 31 Januari dan 1 Februari ini.

“Tertuduh ada kaitan dalam kes membabitkan tiga tertuduh lain,” katanya.

Beliau berkata, waran tangkap terhadap tertuduh dikeluarkan sejak Ogos 2017.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 January 2019 @ 10:08 AM