KENYATAAN media dikeluarkan KPM.
Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my


ORANG ramai dinasihat tidak tertipu atau terpedaya dengan dengan tindakan pihak tertentu yang menyamar sebagai pegawai kanan Kementerian Pendidikan (KPM) yang menawarkan projek khas.

KPM dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya tidak bertanggungjawab atas perbuatan pihak berkenaan yang menyamar sebagai pegawai kanan KPM.

“Justeru, orang ramai yang menerima surat tawaran atau panggilan telefon daripada pihak terbabit dinasihatkan agar membuat laporan polis.

“Pada masa ini, urusan tender di KPM dilaksanakan secara dalam talian (ePerolehan) melalui kaedah tender terbuka dan secara telus,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Februari 2019 @ 1:30 PM